Projek Pemangkin Iskandar Puteri

Projek pembangunan Iskandar Puteri dengan keluasan 9,600 hektar dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025 melibatkan komponen-komponen sebagai berikut.

Pusat Pentadbiran Negeri Johor

Kota Iskandar

Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor Kota Iskandar merupakan pembangunan bersepadu merangkumi kompleks pejabat jabatan kerajaan negeri dan persekutuan dalam satu kawasan seluas 320 ekar. Ia dibangunkan dengan konsep persekitaran terbuka dengan taman dan lanai ala Alhambra di Sepanyol dengan rekaan bangunan berteraskan seni bina Melayu-Johor.

Komponen Pembangunan
  • Fasa 1
- Dewan Undangan Negeri- Kompleks Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan- Dataran Mahkota- Kompleks pejabat jabatan kerajaan negeri
  • Fasa 2a
- Masjid
  • Fasa 2b
- Kompleks perumahan kakitangan kerajaan negeri
  • Fasa 3
- Kompleks pejabat jabatan kerajaan persekutuan

Bandar Pendidikan

EduCity

Bandar Pendidikan atau EduCity@Iskandar seluas 600 ekar merupakan pusat dan komuniti pendidikan tinggi berpandukan kepada amalan terbaik dalam bidang akademik dan pendidikan dengan kerjasama dari universiti-universiti tersohor dunia seperti Newcastle University dan Marlborough University. Projek ini diambil alih oleh Iskandar Investment Bhd.

Bandar Perubatan

Columbia Asia Hospital

Pembangunan pusat perubatan yang dikenali sebagai Medical City dengan keluasan 67.2 ekar menawarkan penjagaan kesihatan menyeluruh yang merangkumi pusat kesihatan, poliklinik kerajaan, kompleks klinik umum, kompleks pakar, kolej kejururawatan dan kemudahan kesihatan yang lain. Pusat tersebut juga memberi tumpuan kepada pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan perubatan dan kesihatan. Hospital pertama yang telah beroperasi di sini ialah Columbia Asia Hospital.

Kelompok Logistik dan Perindustrian Selatan

Kelompok Logistik dan Perindustrian Selatan (SiLC) di Iskandar Puteri adalah kawasan taman perindustrian hijau seluas 1,300 ekar dengan rangkaian kemudahan dua buah lapangan terbang dan empat buah pelabuhan yang berhampiran. SiLC akan memberi tumpuan kepada pembangunan rangkaian nilai secara bersepadu untuk tiga bidang utama iaitu teknologi maju seperti teknologi bio dan nano, industri pemakanan dan kesihatan serta logistik.

Medini

Medini

Pembangunan bersepadu oleh Iskandar Investment, Mubadala, Kuwait Finance House, Aldar Properties dan Millennium Development International. Ia dibahagi kepada 3 kluster utama:

  • Kluster Rekreasi dan Pelancongan
  • Daerah Kewangan Iskandar
  • Medini Sentral